ISU KONTRAK SOSIAL...

Dewasa ini,kita seringkali dengar dan baca di dada akhbar tentang tercetusnya topik sensitif yang melibatkan isu perkauman ataupun kontrak sosial khasnya. saya bukanlah seorang ahli politik ataupun mempunyai pendidikan politik,tetapi hanya seorang rakyat malaysia yang mahukan keamanan dan kedamaian.Undi kita adalah rahsia kan?Apa yang akan saya sentuh disini adalah hanya sebagai satu kesedaran untuk kita fikir sejauh mana baik dan buruknya implikasi sesuatu isu jika ia dipertikaian,apatah lagi jika isu kontrak sosial.Apakah kesan kepada rakyat dan negara.

Menyorot kembali sejarah dan peristiwa adalah adalah wajar bagi kita untuk mengetahui asal usul dan punca utama sesuatu cerita,supaya menjadi tauladan dan ingatan kepada kita dewasa ini,maka ianya haruslah dinilai secara positif untuk kebaikan semua.

A
pakah yang mungkin akan terjadi sekiranya isu kontrak sosial ataupun isu perkauman ini dimanipulasikan????antara contoh-contoh terbaik yang dapat saya gambarkan disini adalah satu peristiwa yang mengemparkan negara satu masa dahulu iaitu Peristiwa 13 mei 1969,saya percaya anda memang pernah dengar dan seringkali orang mengatakannya tetapi adakah anda cukup jelas tentang peristiwa itu??

M
ari kita renung bersama dan baca untuk pengetahuan kita semua...supaya kita dapat menilai sejauh manakah kesannya kepada rakyat dan negara jika perkara ini berulang lagi...

Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-Persatuan Cina Malaysia (MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

P
arti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),Parti Tindakan Demokratik(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala Parti Islam Se-Malaysia PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Tan Chee KhoonDr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di[Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru,Kuala Lumpur, Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dibunuh. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer DiRajaRejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer DiRajaRejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer DiRajaRejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Rejimen Askar Melayu DiRajaAskar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Rejimen Askar Melayu DiRajaAskar Melayu. Malangnya beberapa askar Rejimen Askar Melayu DiRajaAskar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Rejimen Askar Melayu DiRajaAskar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas,
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Bentong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.


Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Mageran


Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Majlis Gerakan NegaraMageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak Dato' HusseinTun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("''Malay Dilemma''") oleh Mahathir bin MohamadTun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah kaumperkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk . Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.


Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh.

Bergitulah ceritanya..sebenarnya banyak lagi perkara yang memilukan berlaku,tetapi saya tidaklah mahu untuk mencetuskan kembali isu ini, soalnya disini hanyalah contoh-contoh kejadian yang akan berlaku sekiranya isu ini tidak dikawal sepenuhnya...(silap-silap aku kena ISA pulak nanti),itulah kesannya jika perkara itu berlaku,jangan cetuskan isu perkauman,tidak kira kita berbangsa apa,ia sangat sensitif,yang penting kemakmuran negara perlu dijaga bersama, saya percaya anda semua sayangkan negara dan cintakan kedamaian,semoga negara kita aman makmur kekal harmoni berbilang bangsa dan agama.

Politik adalah perjuangan masing-masing untuk memajukan negara tetapi jangan lah mengambil kesempatan keatas isu ini,carilah jalan terbaik yang lain untuk menyelesaikan sesuatu isu. saya sebenarnya cukup bimbang tentang isu politik semasa.pebagai ragam dipersembahkan...kita sebagai seorang dewasa mungkin dapat menilai mana baik dan buruknya,tetapi bagaimana pula dengan generasi muda???semestinya mereka keliru!!!,dan menilai dengan perasaan yang benci..juga mereka tidak langsung mengambil tahu urusan dan masalah negara.Bagi mereka,politik tidak menjadi contoh kepada mereka,sebaliknya...penyanyi dan pelakon barat menjadi idola..hemmmm,remaja...macam tu lah kot?,perkara ini mungkin kita tidak sedar,tetapi perlu diambil kira...

Apapun kita semua tetap dibawah satu bendera,we are Malaysian and should proud to be...kita sebenarnya memang bersatu cuma kita tidak menyedarinya...disaat Datuk lee chong wei menang keatas Lin Dan di terbuka Swiss,wahhhhh,semua orang bersorak gembira,disaat pasukan Malaysia kalah didalam arena bolasepak semua orang sepakat geram!!,so, memang kita bersatu lah kan??boleh pulak duduk semeja tengok Badminton dan Bola Sepak...

Akhir kata daripada saya,yang lepas itu jadikanlah sejarah,hari ini jadikan ia sebagai masa hadapan untuk dinilai pro dan kontra untuk kemajuan rakyat dan negara,jangan lah kita mencetuskan isu kontrak sosial, kawal lah minda,carilah penyelesaian yang terbaik untuk kemajuan negara.Peliharalah keharmonian rakyat Malaysia.....

-peace for all-

rujukan: http://ms.wikipedia.org

2 comments:

Anonymous said...

Menarik nukilan saudara ini.memang semua ini jadi kerana para pemimpin yang tidak bijak dan perasaan terlalu mudah percaya. Saya harap orang Melayu sila pandang sekeliling mereka, cash is king or you nothing. Saya pernah bekerja di Lembah Pantai, jadi orang Melayu minoriti bekerja di KL nanyak dugaan. Saudara pula tinggal di Pantai Dalam...hm...dah lihat sekeliling kejiranan?? Apa nasib orang Melayu disitu???Dihimpit condo2 mewah dan rumah orang Melayu di tanah rizab Melayu dan TOL selalu dibakar untuk beri laluan syarikat United Oversea Australia or UOA untuk bina beverapa lagi projek kondo mereka kerana Raja Nong Chik dan Nurul Izzah sngat bodoh dan buta mentadbir kawasan saudara. For your information, ada banyak kawasan Melayu di Pantai Dalam itu sudah masuk dalam Blueprint UOA...cuma tunggu masa untuk bakar lagi rumah, flat2 Melayu yg dah hampir tamat leaseholdnya.By the way, lepas tolak dan musnahkan semua flat2 leasehold itu, condo2 mewah itu semua adalah bertitlekan 'freehold strata'.
Perkauman atau tidak, orang Melayu tetap akan ditindas oleh kaum asing.Cash is King, tapi macam mana Melayu nak jadi king di Pantai Dalam kalau cuma rata2 jadi kerani kakitangan kerajaan....

Unknown said...

Hello, I Am Mrs Catherine Rodriquez, a private loan lender, i give out loan to those that are in need of loan, and to Those that want to start a new business. I give out Personal Loans, Business Loans, Student Loans and Company Loans. Meanwhile my bothers and sisters am willing to help you with the amount you need as loan. what you have to do is to fill the form below and contact me today at: catherineloanfirm94@gmail.com

Loan Application Form Fill And Return

First Name ………………………………….
Last Name……………………………
Sex………………………………..
Age……………………..
State……………………………………….
Country…………….. ………………..
Occupation……………………………………..
Monthly Income……………………………………
Amount Needed…………………………………….
Duration……………………………………
Religion……………………………………..
Phone Number +………… ……………………………
Mobile Number+…………………………………….

Regards
Mrs Catherine Rodriquez
Email: catherineloanfirm94@gmail.com

Post a Comment

Time Zone

Waktu Solat

Metro Online

My Baby

Lilypie Next Birthday PicLilypie Next Birthday Ticker

Its Me

Its Me

About Me

My photo
Berusia 33 tahun,dilahirkan di kuala lipis pahang,anak pertama dari 4 orang adik beradik,anak kepada seorang guru dan pesara kerajaan,telah berkahwin dengan Nurlisa Maisarah dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel yang kini berusia 1 tahun 4 bulan bernama Wan Fajrul Iman.Bekerja di sektor kerajaan dan kini menetap di Pantai Dalam kuala Lumpur.